Sunday, October 18, 2009

FAKTOR DISLEKSIA

Faktor-Faktor yang menyebabkan Disleksia

Membaca merupakan tugasan yang amat rumit dan kompleks bagi manusia, ia memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan sistem saraf pusat (Lerner, 1997).

1. Hattum (1980) mengatakan bahawa kesukaran membaca disebabkan oleh sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik (disfungsi).


2. Sistem pemerosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia, selalunya lebih kecil sebanyak 27 % daripada otak orang normal(Galaburda & Tallal,1991)
.

3. Nicolson dan Fawcett (1995) mencadangkan bahawa serebrum otak dan keanehan otak boleh memberi kesan kepada kawalan motor, perkembangan automatif dan organisasi sesuatu kemahiran, termasuk kemahiran dalam fonologi dan bahasa.

4. Lovegrove (1991) dan Livingstone et al. (1991) dan Cornilissen et al.(1995) telah cuba mengkaji korelasi kekurangan yang didapati dalam sistem pemerosesan visual seseorang yang mengalami disleksia dengan pembelajaran membaca. Sekali perhubungan di antara keduanya dapat dibuktikan, ringkasnya sifat semula jadi perhubungan masih lagi belum jelas.

5. Secara umumnya diakui bahawa faktor yang menyebabkan disleksia adalah daripada genetik yang pada dasarnya terletak di bahagian bahasa di otak (Hulme & Snowling, 1991)
.

6. Dalam penerangan Chalfant dan Scheffelin (1969) mengenai ketidak fungsian dengan baik sistem pemerosesan pusat kanak-kanak, menjelaskan bahawa penyelidik-penyelidik menyokong kenyataan yang mengatakan bahasa berkait rapat dengan anatomi dan fisiologi otak.

7. Daripada pemerhatian Lenneberg (1976) terdapat penglibatan yang sama rata di hemisfera cerebral pada peringkat awal perkembangan bahasa, kemajuan perkembangannya lebih di hemisfera otak kiri dan berterusan berlaku sedemikian. Jika sekiranya hemisfera otak kiri tidak berfungsi dengan baik sebelum atau semasa perkembangan di peringkat awal, hemisfera otak kanan akan menyambung penglibatannya dalam pemerosesan linguistik.

8. Banyak dilaporkan mengenai literalisasi fungsi bahasa di hemisfera otak kiri oleh penyelidi-penyelidik, Oleh itu Kinsbourne (1975) menrumuskan bahawa pada mula memang wujud pengkongsian sama rata di antara dua hemisfera serebral otak.

9. Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa ke kedua hemisfera otak secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindak balas kepada stimuli linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner, 1997).

10. Kedua hemisfera otak tidak bekerja kesemuanya secara bebas, terdapat hubung kait di antara elemen-elemen dan kefungsian kedua hemisfera otak. Proses pembelajaran bergantung kepada kefungsian dan hubung kait di antara kedua hemisfera otak(Cotman & Lynch, 1988; Hiscock & Kinsbourne, 1987; Gaddes, 1985)