Tuesday, December 15, 2009

SEJARAH DAN FUNGSI

SEJARAH

Kelas Disleksia Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 (SKKK 3) Dibuka pada 4/1/2009 yang mempunyai 4 buah bilik, 2 bilik pembelajaran individu, 1 bilik tayangan dan 1 bilik pengurusan. Bilangan guru ialah 2 orang, seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan manakala murid pula seramai 2 orang. Pengambilan pelajar sempanjang tahun.


FUNGSI UTAMA


1.Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan dilaksanakan selaras dengan dasar Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas
2.Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah murid disleksia.
3.Merancang, mengurus dan mengawal sumber manusia dan kewangan dengan sempurna bagi memastikan pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
4.Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti di dalam perlaksanaan program dan aktiviti Pendidikan Khas Disleksia.
5.Merancang dan mengurus persediaan pengoperasian kelas baru (perluasan program)
6.Menjadikan Program Pendidikan Khas Disleksia sekolah ini sebagai penanda aras .
7.Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang mantap dan berkualiti dengan pelbagai agensi luar di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Pendidikan Khas Disleksia.
8.Menguruskan penyelidikan dan kajian tindakan
9.Menguruskan ABM dan projek pembangunan fizikal pendidikan Khas Disleksia.