Sunday, February 21, 2010

PENGENALAN

Semua murid yang mencapai umur persekolah perlu diberi pendidikan. Pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia termasuklah kepada murid-murid berkeperluan khas. Mereka tergolong kepada tiga golongan iaitu murid bermasalah penglihatan, murid bermasalah pendengaran dan murid bermasalah pembelajaran. Guru yang terlibat dalam usaha mengajar murid-murid ini juga mempunyai bidang pengkhususan masing-masing. Contohnya guru yang mengajar murid bermasalah pendengaran perlu mahir dalam bahasa Isyarat manakala guru yang mengajar murid bermasalah penglihatan pula perlu mahir membaca dan menulis dalam Braille.

Kemahiran mengurus murid-murid berkeperluan khas ini bukan boleh didapati dengan hanya membaca buku tetapi perlu melalui pelbagai pengalaman dan penglaman ini menjadikan guru Pendidikan Khas istimewa dan berbeza daripada guru-guru yang mengajar murid normal. Untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas bukanlan satu tugas yang mudah kerana murid-murid ini mempunyai pelbagai masalah disamping masalah utama yang dihadapi.
Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.

Persoalan tentang pendidikan khas mendapat tempat dalam dunia pendidikan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Hak bagi individu dengan keperluan khas sentiasa diperjuangkan termasuk hak dalam bidang pendidikan. Keprihatinan masyarakat dalam bidang pendidikan khas semakin terserlah. Namun begitu, perjuangan dalam bidang ini tidak pernah selesai kerana bidang ini merangkumi pelbagai aspek termasuk bidang teknologi.

Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan dengan keperluan khas, malahan juga oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.

Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas, dengan mudah sahaja lontaran stigma diberi kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Timbul berbagai-bagai istilah negatif yang bukan sahaja menyebabkan murid patah semangat belajar tetapi menjurus kepada masalah yang lebih besar, terutamanya masalah disiplin. Kanak-kanak juga dilabelkan sebagai bodoh, malas, degil, tidak mahu mengikut arahan walhal terdapat keadaan dalaman yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mencapai apa yang diharap oleh guru.